Saturday, 5 December 2015

Kaedah Penyelesaian Masalah.

Dalam kehidupan seharian setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi masalah dan setiap masalah itu pasti ada cara penyelesaiannya. Masalah dan isu perlu diberi perhatian oleh pengurus-pengurus dan jalan penyelesaian mestilah di cari secepat mungkin kita sering menggunakan kedua perkataan ini sebagai suatu yang sinonim tapi hakikatnya terdapat perbezaan antara dua perkataan ini. Masalah memerlukan penyelesaian yang segera manakala isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.

Dalam menyelesaikan masalah terdapat beberapa ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang itu. Ciri pertama ialah mempunyai motivasi yang kuat dimana penyeselai masalah berkebolehan mengatasi semua kesukaran dengan tenaga yang ada pada diri merekaini kerana mereka mempunyai sikap positif dan tidak mudah mengalah dalam mengharungi halangan yang ada. Yang kedua ialah trait yang positif. Sifat peribadi dan emosi yang stabil bagi penyelesai masalah membolehkan mereka memperoleh kejayaan. Mereka juga perlu berkebolehan untuk menerima pertolongan dari orang lain, cerdik serta pintar dan terus berusaha tanpa rasa jemu dalam menyelesaikan masalah. Yang ketiga ialah jati diridimana seseornag itu perlu melihat diri mereka sebagai yang berkebolehan tetapi sedar akan kekurangan yang akan dihadapi. Yang terakhir ialah membina kemahiran dengan menggunakan pelbagai teknik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Terdapat enam ketegori masalah iaitu misteri yang merupakan satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Kedua ialah tugasan iaitu yang yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas berserta dengan objektif pencapaian. Yang ketiga ialah kesukaran dalam mencapai sesuatu. Ia berlaku di sebabkan oleh dua sebab iaitu sama ada kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita merasakan sumber yang ada tidak mencukupi. Kesukaran ini juga dibahagikan kepada dua ketegori iaitu subjektif yang merupakan sifat nagetif yang ada pada diri individu manakala objektif perkara yang menghalang yang ada diluar diri individu. Ketegori keempat ialah peluang dimana kita perlu mengambil kesempatan untuk mengeksplotasinya bagi memperoleh untung. Yang kelima ialah tidak pasti dimana kita tahu bahawajawapannya ada tetapi tidak tahu samada ia betul atau tidak. Yang terakhir ialah dilema iaitu situasi dimana sukar mencari penyelesaian kerana opsyen yang diberikan kelihatan betul dan tepat.  

Terdapat lapan langkah dalam model penyelesaian masalah secara logik dan sainstifik. Langkah pertama ialah mendifinisikan masalah dengan bertanya soalan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesan buruk. Oleh itu memahami semua faktor yang menyebabkan berlakunya masalah amat penting bagi mengelakkan masalah. Kedua ialah mengkelaskan masalah berdasarkan tinggi atau rendah risiko yang ada pada setiap masalah. Ketiga ialah menentukan objektif kerana ia akan menentukan apa yang diinginkan daripada apa yang henak dilaksanakan. Keempat ialah menentukan ukuran kejayaan kerana ia akan menjadi pengukur tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah. Langkah kelima ialah kutipan data. Ia adalah untuk memastikan sesuatu keputusan yang dibuat adalah sahih. Keenam ialah membuat keputusan dengan memilih opsyen yang paling tepat dengan mengambil kira semua aspek seperti kos dan lain-lain. Ketujuh ialah melaksanakan keputusan yang diambil dimana penelitian perlu diberikan terhadap sesuatu masalah suapaya kejayaan di peroleh. Langkah terakhir ialah penilaian dengan memberi gambaran balik terhadap keberkesanan tindakan penyelesaian yang telah diambil.   

Cara penyelesaian masalah ini terbahagi kepada dua iaitu secara sainstifik dan kreatif/leteral. Secara sainstifik ini melibatkan beberapa proses seperti mengadakan hipotesis dengan menguji dan membuktikan sesuatu itu adalah tepat sebulum membuat keputusan. Seterunya mengumpul maklumat dengan mengadakan bukti bagi mengesahkan kebenaran dan proses terakhir ialah membuat kesimpulan berdasarkan bukti yang yang ada. Penyelesaian masalah secara kreatif/leteral ini mempunyai beberapa ciri seperti tidak bersifat kritikal, tidak bersifat analitikaldan tudak bersifat sehala. Penyelesaian masalah juga boleh dilakukan melalui perasaan berdasarkan konsep kecerdasan emosi (EQ) yang menekankan sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi atau masalah.
 Penyelesaian masalah juga boleh dilakukan dengan cara islam dimana terdapat dua corak iaitu pendekatan hokum dan pendekatan sufi. Pendekatan hukum ini bersifat rasional dan intelektual. Manakala pendekatan sufi pula dianggap bersifat formal dan spiritual. Ia juga bersifat lembut dan lunak. Pendekatan ini memerlukan kefahaman tiga perkara iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. Oleh itu, apa yang dapat di simpulkan masalah ini boleh diselesaikan dengan berbagai cara asalkan ia mempunyai bukti yang betul dan tepat,